sound

visit bil

Sunday, November 25, 2012

"DIRI INI"

Saya cuba saya berusaha .petang yang hening sunyi sepi awan yang mendung... air mata mengalir.... hamba takot..takot amalan hamba tidak di terima hamba merasa hamba ini hina..jahil...masih jahil...apakah layak syurga buat hamba ini... berlinangan air mata... memohon keampunan dari mu... insan yang lemah yang tidak pantas berbicara... hanya mampu berdoa kepada mu...


hanya padamu aku meluahkan rasa..hanya menulis aku rasa lapang seketika... tidak mampu berbicara dengan sesiapa... kadang kadang aku jadi gila seketika memikirkan apakah aku pantas menjadi ahli syurga.. Ya Allah..aku mahu menjadi kekasih yang abadi buat Mu..hamba yang taat segala perintahMu..hamba yang kuat imannya...kelalaian kadang kadang singgah di jiwa ku..

aku tidak setabah Fatimah puteri Rasulullah...aku hanya lah Fatimah Aminuddin yang belum cukup kuat untuk mengharungi cubaan yang engkau berikan Ya Allah...

kadang ada juga rasa di hati meluahkan pada sahabatku husna..
tapi aku tak tahu apa situasi aku..hanya mampu menangis...mungkin aku perlu dekat lagi dengan pencipta ku.. Allah s.w.t..

hati ini hanya Allah yang tahu...tidak mampu diluahkan....tak tahu nak explain... sekarang sedang berusaha... sahabatku husna aku jadikan contoh...kuatnya dia tabahnya die...dan Ustazah Fatimah Syarha .aku ingin menjadi seperti dia.. insan yang taat pada perintah Allah... insan yang buat aku rasa wau indahnya bercinta selepas kawin.. kalau pasal cinta memang dah rasa terubat.... memang dah rasa tak perlu fikirkan perkara tersebut... sebab dengar ceramah caramah ustazah...

mujahadah intiqamah diri aku sekarang nie..banyak yang aku perlu perbetulkan.. hanya Allah s.w.t dan aku sendiri yang tahu....dan aku akan terus berusaha menjadi pencintanya yang setia... tak lupa juga.. Rasulullah sebagai idola. berusaha melakukan sunnah yang ditinggalkan Baginda...

Seandainya masa boleh diulang akan aku berusaha menjadi muslimah yang berguna dari mula..
perjumpaan dengan SYAHIDATUL HUSNA  membuatkan aku bersyukur padaNya.. semoga die menjadi sahabat sejati sehingga ke syurga..

semoga setiap langkah ku selepas ini...setiap perbuatan aku selepas ini sentiasa mendapat rahmat dari Allah s.w.t. semoga aku menjadi ini yang betul betul sempurna dan muslimah yang sejati pada agama ku .. :)




Sunday, October 28, 2012

Lawan Nafsumu

Sejak masuk tempat nie dah banyak yang berubah.Semuanya berubah.Cume satu benda yang aku sendiri tengah berperang dengan nafsuku.Pergaulan...Pergaulan dengan siapa?mestilah insan yang bernama lelaki.Kalau boleh aku tak mahu ada rasa cinta aku pada mereka meskipun perasaan cinta itu lumrah yang Allah sendiri cipta untuk hamba-hamba nya.bagi ku tidak cukup rasa cintaku kepada Allah dan rasul ku.maka,tidak layak bagi ku mencintai insan yang belum menjadi yang halal untuk ku.. yup,normal kalau kita jatuh cinta.memang itu lumrah..yup,aku dah jatuh cinta.tapi,aku tengah berlawan.berlawan menghalang nya dari datang pada diri aku..
aku pernah tanya seorang rakan nie.perlukah sy unfriend orang sy suka tu.
kawan pon cakap."tak perlu"
aku sendiri yang kene kuat untuk menghalang semua itu dari datang pada diri aku.




sememang nya susah untuk ku melupainya,tetapi aku perlu melupai nya untuk mencapai target yang aku sendiri inginkan.bagi aku..biar rasa cinta itu Allah kurniakan bila aku mampu untuk menerimanya dengan bakal imam ku nanti..kerana kini aku masih muda,masih banyak tanggungjawabku pada keluarga,masih banyak yang aku perlu hadapi,semua kerana aku tidak bersedia menempuhinya.

ramai remaja sekarang cakap  couple tu best...couple tu menyeronokkan..sebab ada orang sayang..ade orang care pasal ke...tapi,semua tu haram!HARAM!so,perlu ke nak berkasih sayang dengan yang tidak halal meskipun dengan sepupu..


yup,itulah perjuangan aku sekarang.menolak segala cinta dunia yang pembohong..remaja senang nak tertipu dengan godaan...tambah-tambah umur macam aku nie..so,diri sndiri yang kene kuat untuk tolak semua tu.
moga Allah sentiasa memberi kekuatan kepada ku untuk menempuh dugaan cinta manusia ini...
amin.. :)
so,fight with your nafsu!! chaiyok2.!

Friday, September 14, 2012

Cinta Ku KeranaMU


Ya Allah.ku ucap alhamdulillah,
Penuh kesyukuran ku rasai ya Allah,
Pagi yang indah,
Yang penuh dengan kedamaian,
Engkau hebat Ya Allah,

Ya Allah,
“Jika aku jatuh cinta,
Cintkan lah aku kepada insan yang melabuhkan cintanya untuk Mu Ya allah,
Agar bertambah kuat cintaku untuk nya Ya Allah”

Ya Allah,
Adakah perasaan ini kau timbulkan untukku Ya Allah,
Perasaan yang luar biasa,
Yang aku rasai,
Jauh berbeza dengan perasaan yang lain,
Rasa cinta yang tak boleh dikatakan,
Ya Allah,
Andai dia cintaku,
Andai dia imamku,
Andai dia yang Engkau utuskan untukku,
Satukan kami di atas rahmatMu,


Dan andai dia bukan takdirku,
Itu kerana hikmah yang kau tetapkan untukku,

Wajahnya bukan pilihanku,
Kekacakannya bukan impianku,
Hartanya bukan kemahuanku,
Kebijaksaannya rahmat dari-Mu,
Agamanya yang menambat hatiku.

Indahnya cinta itu jika dilandaskan untuk Mu Ya Allah,
Di setiap nafas cinta yang terukir nama Mu Ya Allah,
Indahnya percintaan itu,
Indahnya percintaan itu juga jika cinta itu halal,
Ciptanya sebuah masjid yang dibina atas rahmat Allah,
Indahnya Ya Allah,
Sungguh indah.

Tuesday, August 21, 2012

Aku Dan Kolej Islam Pahang

Assalamualaikum...
YaAllah...setinggi-tinggi kesyukuran ku panjatkan kepadaMu YaAllah.
.YaAllah....hikmah yang Engkau telah tunjukkan kepada ku....hikmah kenapa Engkau tempatkan aku dekat KIPSAS...
ya Allah...Engkau maha kuasa....
 Engkau maha mengetahui...
Engkau maha Agong.....
Ya Allah....

jadinya aku yang kini kerana hidayah dariMu...
YaAllah..bersyukurnya aku Engkau buka pintu hatiku....
Ya Allah...
alangkah bersyukurnya aku kepada Mu Ya Allah..
dapat gembirakan kedua ibu bapa ku....
melihat mekera tersenyum..
melihat betapa sejuknya hati mereka...

Ya Allah...aku bersyukur.
kerana Engkau temukan aku dengan sahabat-sahabat yang baru...
Ya Allah...
aku malu..jahilnya aku berbanding mereka...
tapi,mereka begitu baik ya Allah...
banyak yang aku pelajari..
banyak yang aku dapati....
bekalan ilmu untuk ku bawa pulang kembali....

Ya Allah...ketentuanMu membuatkan diriku berubah..
berubah dari yang dahulunya hingga aku menjadi diri aku yang sekarang...
tapi,masih belum cukup pada ku...
masih banyak yang perlu di perbaiki Ya Allah..
YaAllah......niatku hanya aku dan Engkau mengetahuinya..
Ya Allah....selama 3 tahun aku akan berada di KIPSAS untuk berjihat menuntut ilmu mu...permudahkan lah aku...
menerima ilmu agamaMu...
memperbaiki diri ku....
meneruskan niatku...
YaAllah....

Allahuakbar!!!Allahuakbar!!!Allahuakbar!!!Allahuakbar!!!Allahuakbar!!!Allahuakbar!!!Allahuakbar!!!
dengan kebesaranMu aku berada di tempat yang sepatutnye dan tempat yang betul...
Ya Allah.....yang lemah itu datang dari diri ku sendiri dan yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t..
Ameen..insyaAllah... Assalamualaikum.. :)

Friday, July 6, 2012

Maha Agong

Assalamualaikum...
Ya Allah....sungguh tinggi pekertimu...engkau maha agong ya Allah...indahnya setiap Engkau jadikan di muka bumi ini..kesyukuran yang tidak ternilai aku ucapkan kepada Mu ya Allah..Engkau cipta setiap orang itu hidup berpasangan..kau tetapkan jodoh untuk hamba hamba Mu.


Ya Allah.terharu aku lihat mereka...di satukan menjadi yang halal..
mengalir air mata ku...betapa indah nya Ya Allah...di satukan dengan insan yang sentiasa mendekatkan diri di sisi mu Ya Allah..

Ya Allah...kau tetapkanlah yang terbaik untuk hamba Mu ini... Amin.. :)
bertemu jodoh di tanah suci ialah impian ku...hanya pada Mu aku meminta ya Allah...


sesungguhnya perkahwinna itu sesuatu perkara yang membahagiakan walaupon aku masih muda untuk memperkatakannya... :)

Sunday, July 1, 2012

Muhasabah Diri Anda.

Assalamualaikum..ada sihat ke semuanye...
jom kita muhasabah diri kita pagi-pagi macam nie..

 perempuan yang garang sebelum kahwin adalah wanita yang paling manja selepas kawin.
p/s:hanya manja pada suami dan anak-anak.so,kita yang belum kawin nie kene garang la dengan laki yang bukan halal untuk kita lagi kan...

korang bukak blog die nie..muhasabah diri kita sebagai wanita di muka bumi ni..banyak perkara yang Rasulullah pesan kepada wanita.
renungkan..

jom padamkan dosa dan tambahkan pahala...bukan susah kan sebenarnye..peringatan untuk diri kita semua.
buang yang keruh ambil yang jernih.

mereka menangis kerana takutkan Allah....maut menanti kita semua...sebelom ianya datang,kita yang hidup lagi nie kena lah buat benda yang baik di sisi Allah..

meletakkan Allah sebagai yang pertama dalam diri kita.jodoh itu ketentuan dari Allah..
ketentuan yang Engkau tuliskan itu adalah yang terbaik untuk hamba hamba mu..sesungguhnya Engkau yang maha mengetahui...
setiap hamba mu mahukan yang terbaik dan apa yang Allah telah tentukan itu adalah yang terbaik.

yup..ujian itu tanda Allah sayangkan kita...walau sebesar mana pun ujian itu.akhirnye ade hikmah yang Allah nak tunjukkan untuk hamba hamba nya,ujian itu membuatkan kita matang...untuk melatih kita berfikir untuk selesaikan ujian itu..bagaimanapun ujian itu..tempat pertama untuk kita mengadu ialah Allah...Allah akan dengar doa kita..kerana doa senjata utama umat Islam.

 jom kita cari sahabat yang macam nie...aku dah jumpe sahabat yang macam nie...yaAllah..semoga sahabat itu kekal untuk ku...yang sentiasa membawa aku untuk mengingati Mu..

sesugguhnya Allah maha besar...
that all..
Assalamualaikum.

Sunday, June 24, 2012

Fact!Ko Dah Kawin..

Assalamualaikum..yooo....lama gak aku x up date entry erk..rindu aku ye..rindukan??aku tau..hehe.....almaklumlah...budak sekolahkan..susah la sikit nak buat entry..manjang sebuknye...ok..xpe la kan...

sape pulak yang kawin erk??errrr...still blur lagi..dah kawin dah pon akak aku ye....x sangke giler aku dah ade abg ipo..haha...sumpa penat uruskan kenduri kawin akak aku nie....
jom tengok gambarnye....



cun gk...tapi,mase aku kawin nanti mesti la lagi cun...lagi cun dari akak aku nie..hahaha


masa lafaz akad nikah di bacakan..wah,sebaknye..aku tahan air mate aku mase tu..macam mane la mase aku pulak nanti ye....









waaaa...sedihnye akak aku udah kawin..maaf ye..gambar yan lain xde lg...akak kawin mase birthday die..bestkan..dapat mase tarikh lahir..hebatkan Allah..Allah dh tentukan segalanya...hope die kekal abadi sampai ke syurga...alang doakan  yang terbaik untuk kak ngah and bg ngah..

daa~salam.. :D

Sunday, May 6, 2012

IBU

Hai Assalamualaikum..
Ya Allah..menangis..menangis..menangis melihat tangisan seorang ibu yang banyak berkorban.berkorban untuk anak-anak yang di sayangi..betapa hebat nya seorang ibu..ibu yang tiada tandingan...di tepis segala kesusahan yang telah di tempuhi nya hanya untuk terus mendidik anak-anak menjadi insan yang berguna..

Dan anda fikirkan sejenak..bagai manakah perasaan eorang ibu itu bila anak mereka melakukan satu perkara yang tidak dapat seorang ibu itu jangka..di didik anak itu..ti tatang bagai minyak yang penuh..and bila ima berfikir..ima sebagai seorang anak..ima menangis...menangis bila terfikir adakah ada manusia yang sanggup buat bergitu kepada ibu mereka..yes!!ima berani cakap ada..

Ya Allah..Engkau lembutkan lah hati-hati mereka ini ..
dan apabila seorang anak itu membuat setitik air mata ibu mereka jatuh di sebab kan kesalan terhadap anaknya adalah satu perkara yang begitu keji terhadap anak terebut..

ibu,apa dosa mu,
kau bagaikan mutiara yang amat bernilai,
kau anggup korbankan segala yang kau miliki hanya untuk anak mu,
betapa beharganya akhlak yang kau miliki.

bagaikan air sungai yang deras air matamu mengalir,
tetapi engkau tetap tabah mengharungi dugaan,
di caci,di hina,kau tetap bela anak yang engkau lahirkan,
tetapi,anakmu masih melayani ibu dengan penuh hinaan.

wahai anak!pernahkah engkau mengerti betapa deritanya ibu yang mengandungkan mu,
ya Allah betapa berjasanya seorang ibu,

Ya Allah..aku bersyukur..bersyukur kerana telah dikurniakan ibu yang cukup sempurna buatku..
kepada :
PUAN ZALEHAR BINTI HUSSIN 
and tak lupa juga kepada ayah.
AMINUDDIN BIN YAHYA..
insan yang telah mendidik aku untuk menjadi seorang hamba yang berguna di dunia dan akhirat..


ima x dapat bayangkan kalau ima hilang dua insan nie..diorang nyawe ima..segala -gala nye untuk ima..
ima rela ima pergi dulu..

p/s:sayangi lah ibu bapa anda...terutama ibu..ayah juga..hehe...