sound

visit bil

Saturday, October 12, 2013

Saat Tarbiyah Bermula

Aku tunduk. Aku terdiam terkaku. Alhamdulillah yang mampu bermain di bibir. Saat tarbiyah aku baru bermula aku mula terasa kemanisan iman. Indahnya Islam. Tapi, saat aku belom ditarbiyah. Diri aku hilang. Mencari apa yang perlu aku lengkapkan. Saat aku mula memakai tudung labuh. Susah pada mulanya. Pandangan mata orang. Cara lihatnya mereka kepada aku. Macam aku tak pakai apa apa je. Niat nak pakai tudung labuh masih terbantut bila aku tak dapat lagi suasana untuk diri aku di tarbiyah. Sampai satu hari aku buat keputusan nak ikut kawan baik aku pergi menuntut di sebuah kolej Islam. Niat kami sama. Bersyukur dapat kawan seperti dia. Alhamdulillah Kipsas tempat permulaan bagi aku menguatkan diri meneruskan perjuangan untuk terus menjadi muslimah sejati. Perlahan lahan mempelajari ilmu agama. Yup, aku memang dididik dengan ilmu agama dari kecil. tp, bukan salah ibu bapa aku. Kalau dulu pakai tudung tudung biasa tak pakai stokin itu perkara biasa, tapi kalau sekarang tak pakai tudung labuh tak pakai stokin Ya Allah berdoanya aku.

Alhamdulillah dan aku berharap perubahan ini akan menjadi perkara yang kekal dalam diri aku. Semoga aku terus bermujahadah. Aku akui bukan mudah untuk terus berubah bagi orang yang dekat luar sana. Tapi InsyaAllah dengan niat yang ada kerana Allah. Allah permudahkan. Usaha untuk berubah perlu ada. Cari tempat yang boleh menguatkan diri kita untuk berubah. Allah akan permudahkan sesuatu yang niatnya kerana Allah.

bila perubahan dalam diri kita sudah ditemui jaga betul betul. Nikmatnya Islam itu tidak ternilai. Bila kita jaga aurat kita InsyaAllah Allah melindungi diri kita. Orang akan hormat kita sebagai seorang muslimah. InsyaAllah..

semoga muslimah diluar sana terus bermujahadah melawan nafsu mu..

I LOVE U BUT I LOVE ALLAH MORE.

Tuesday, June 18, 2013

Syukur.

Assalamualaikum..
alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t
sebab hari nie masih bernafas untuk terus mencari bekalan buat akhirat nanti..insyaAllah..
semoga hari ini dapat menguatkan diri melawan godaan syaitan yang buat kite lalai..


so,bersukur ye sebab masih diberikan ujian dari Allah..
semoga ujian yang akan dilalui pada hari nie menguatkan lagi iman kite dan sentiasa tabah..
pagi nie saya dah menerima ujian..ujian apa..rahsia..semoga saya boleh menempuh ujian tu..
syukur Alhamdulillah...
semoga kekuatan untuk menempuhinya ada pada saya..
sukur ya Allah..

Saturday, June 15, 2013

S.A.H.A.B.A.T

Assalamualikum...Alhamdulillah ada juga kesempatan untuk meng update blog ni setelah sekian lamanya tidak meng update. sibuk bagaikan seorang pemimpin..

Alhamdulillah sepanjang perjalanna hidup mencari ilmu,Allah memberikan rezeki yang cukup dan tidak putus-putus..Dan sehingga hari ini masih menhirup udara yang segar dan mampu berdiri meneruskankan perjuangan sebagai seorang mahasiswa.

Cuti semesti yang begitu panjang membuatkan hati mula rindu pada sahabat-sahabat sebilik,sekuliah,sekatil semua se..Alhamdulillah juga sahabat yang lama terlah bersahabat semasa di zaman sekolah dapat berjumpa melepaskan kerinduan bersama meskipun ade yang tidak sempat untuk berjumpa...
insyaAllah Allah akan aturkan masa yang lebih baik dan lebih sesuai untuk kita bertemu ya sahabat..


yang tidak berkesempatan untuk jumpa kita jumpa raya nanti..insyaAllah.. :)

sebenarnya hati tidak sabar nak balik ke KIPSAS. bertemu sahabat-sahabat yang gelak tawa bersama..makan bersama. tambah nak ramadhan nie. boleh ke masjid bersama. teringat asa sem satu dulu pergi masjid dengan kawan baru..makan sama-sama solat sama-sama..


masjid yang amat dirindui untuk pergi bersama sahabat.

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggillah ia dengan nama yang paling disenanginya.”

[ Riwayat Al-Tabrani ]


“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.”
(Hadis riwayat al-Hakim)


semoga sahabat-sahabat saya terus menjadi sahabat sehingga ke syurga yang sentiasa memperbaiki segala kesalahan antara satu sama lain.. tidak kira sahabat di zaman sekolah rendah,sekolah menengah mahupun kipsas..yang penting kita sahabat sampai ke syurga.. insyaAllah...