sound

visit bil

Friday, September 14, 2012

Cinta Ku KeranaMU


Ya Allah.ku ucap alhamdulillah,
Penuh kesyukuran ku rasai ya Allah,
Pagi yang indah,
Yang penuh dengan kedamaian,
Engkau hebat Ya Allah,

Ya Allah,
“Jika aku jatuh cinta,
Cintkan lah aku kepada insan yang melabuhkan cintanya untuk Mu Ya allah,
Agar bertambah kuat cintaku untuk nya Ya Allah”

Ya Allah,
Adakah perasaan ini kau timbulkan untukku Ya Allah,
Perasaan yang luar biasa,
Yang aku rasai,
Jauh berbeza dengan perasaan yang lain,
Rasa cinta yang tak boleh dikatakan,
Ya Allah,
Andai dia cintaku,
Andai dia imamku,
Andai dia yang Engkau utuskan untukku,
Satukan kami di atas rahmatMu,


Dan andai dia bukan takdirku,
Itu kerana hikmah yang kau tetapkan untukku,

Wajahnya bukan pilihanku,
Kekacakannya bukan impianku,
Hartanya bukan kemahuanku,
Kebijaksaannya rahmat dari-Mu,
Agamanya yang menambat hatiku.

Indahnya cinta itu jika dilandaskan untuk Mu Ya Allah,
Di setiap nafas cinta yang terukir nama Mu Ya Allah,
Indahnya percintaan itu,
Indahnya percintaan itu juga jika cinta itu halal,
Ciptanya sebuah masjid yang dibina atas rahmat Allah,
Indahnya Ya Allah,
Sungguh indah.